Saturday, 24 September 2011

Open Your Eyes..Open Your Heart

Adeh..macam tak biasa menaip atas meja lain selain meja komputer saya sebelum ni (maksud saya dalam bilik). Alhamdulillah, dah seminggu jugak lah bilik saya ni bercat baru. Memang bercadang untuk buat arrangement baru dalam bilik ni. Tapi memandangkan last week dah tersangat penat dengan kerja mengecat, maka niat ditangguhkan seketika. Then, semalam cakap semula pada mak tentang susunan baru dalam bilik. Walaupun agak penat dengan kerja-kerja rumah semalam, and bajet macam susah nak alih meja komputer saya ke bilik iron (sebab most of the time banyak pakai lap top, so PC ingat letak luar) saya try jugak alih sendiri dan kemudiannya dibantu oleh mak dan abang. So, sekarang ni bukan sahaja berwajah baru, susunan dalam bilik juga berubah.

Petang tu saya melawat seorang kawan yang ditahan di wad hospital KPJ Kajang atas masalah "back pain". Lepas kerja-lerja di rumah selesai, saya mandi, solat Zuhur dan menyiapkan diri untuk ke hospital. Saya tak pernah ke KPJ Kajang tu sendiri, alhamdulillah, saya jumpa jugak tempatnya (selepas bertanya pada seorang mak cik). Agak lama juga saya disana. I learn that Allah suka pada hambaNya yang menziarahi saudaranya yang sakit. Sekarang hari dia, mungkin esok lusa hari saya pulak. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebelum pulang ke rumah, saya ke Giant, Bangi untuk membeli buah tomato dan sampai je di rumah terus makan sebab sebelum pergi hospital lupa nak makan sampai perut dah pedih-pedih. Seusai makan, saya solat Asar dan sementara menunggu waktu Maghrib saya angkat baju-baju yang disidai pagi tadi memandangkan kebanyakan baju pun dah kering. Sambil melipat baju, saya sms pada seorang kawan yang saya ajak untuk teman saya menghadiri forum di UKM pada malamnya. Betapa sedihnya saya bila dia mengatakan yang dia ada program lain dan tidak dapat menemani saya. Walaupun redha, masih ada rasa sedikit terkilan. Alhamdulillah, gayanya mak sudi untuk menemani saya malam tu dan mak pun tahu yang saya look forward untuk ke forum tersebut memandangkan idola saya akan menjadi moderator untuk program tersebut.

Program yang dimaksudkan adalah Forum Populariti: Open Your Eyes yang diadakan di Dewan Gemilang UKM sempena Pesta Konvokesyen UKM yang ke-39. Walaupun pada asalnya niat saya untuk menghadiri forum tersebut adalah kerana idola saya, namun tak dinafikan yang saya suka untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh panel-panel jemputan memandangkan kesemuanya adalah individu yang hebat dan disegani iaitu Ustaz Syed Norhisyam, Sham Kamikaze dan Catriona Ross. Isu yang dibincangkan sangat dekat dengan diri saya iaitu berkaitan dengan transformasi hati. Ia membincangkan bagaimana seseorang individu itu dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah. Bagaimana Allah mengatur plot kehidupannya sehingga hati terbuka untuk kembali kepada fitfah manusia yang ingin kembali kepada Penciptanya. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi hidayah dan taufik olehNya untuk menghadiri majlis ilmu yang sangat bermakna. Kekadang terasa sebak dan ingin menangis sebab sedar betapa jauhnya diri ini daripada ciri-ciri seorang muslimah yang sempurna. 

Forum Populariti: Open Your Eyes

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah bersikap kejam kepada hamba-hambaNya. Saya sentiasa ingat dan akan sentiasa ingat (insyaAllah) disaat hidup saya diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian dan bagaimana Allah menunjukkan saya jalan untuk kembali kepadaNya dengan cara yang sangat unik. Bagaimana saya develop rasa kerbergantungan sepenuhnya hanya kepadaNya. Ya Allah, aku sedar aku ini hambaMu yang hina. Aku masih merangkak-rangkak dalam mencari cintaMu Ya Allah. Jangan tinggalkan aku sendiri. Aku hambaMu yang lemah, penuh dengan dosa. Bantulah aku untuk terus mencari dan mencari cintaMu Ya Allah.

Esok, 26 September 2011, adalah hari yang bermakna dalam hidup saya kerana saya bakal menerima Ijazah Sarjana Sains Biologi Molekul. Alhamdullillah, dengan izinNya jua saya berjaya. Dengan izinNya jua, impian saya menjadi kenyataan. Namun, perjalanan hidup saya masih panjang. Saya masih tercari-cari hala tuju kehidupan. PadaNya jualah saya berserah, semoga setiap apa yang telah ditentukan biarlah akibatnya adalah yang baik jua. Amin...

3 comments:

  1. Congrats nadzirah. Nnt tgkp la gmbr before and after bilik...

    ReplyDelete
  2. Thanks. Err, terlupa nak tangkap gambar sebelum cat bilik. And segan lah pulak nak post gambar bilik tidur kat sini..Thanks for reading..

    ReplyDelete