Thursday, 29 September 2011

Hari yang bermakna buat saya-26 September 2011

Alhamdulillah, selesai melipat baju untuk hari ni. Sementara menunggu waktu Maghrib bolehlah saya menulis sekejap. Alhamdulillah, segala puji hanya buatNya atas segala nikmat dan kegembiraan yang dikurniakan. Segala puji buatNya juga atas segala ujian dan dugaan sebagai rahmat dan didikan disebalik semua tu. Dua hari lepas merupakan hari yang agak mencabar buat saya selepas menyambut hari yang bermakna bagi saya pada 26 September lepas. Saya telah pun usahakan apa yang termampu dan berserah padaNya. Semoga Dia sentiasa memberi petunjukNya pada saya untuk menghadapi apa jua cabaran.

Bercakap tentang 26 September 2011, iaitu pada Isnin yang lepas dimana hari saya menerima Ijazah Sarjana Biologi Molekul. Saya bersyukur ke hadratNya kerana yakin yang Dia telah mendengar doa saya selama ni. Saya memohon kepadaNya agar pada tarikh tersebut menjadi hari yang bermakna dalam hidup saya. Saya berserah kepadaNya untuk mengatur segalanya dan saya yakin yang segala aturanNya adalah yang terbaik buat kita dan saya merasakan yang hari tersebut adalah hari yang sangat bermakna buat saya.

Pada mulanya agak gelabah bila tiba di perkarangan DECTAR kerana saya tak tau nak cari siapa. Takda pun muka yang familiar walaupun semuanya berjubah ungu. Di hari yang bermakna tu, mak dan Aril, yang dapat menemani saya dan akan masuk ke DECTAR untuk menyaksikan saya menerima Ijazah tersebut. Banyak muka yang bermain di fikiran tapi tak pasti sebab saya memang tak keep in touch dengan sesiapa sangat. Boleh pulak nak terasa stress. Isshh..tak boleh-tak boleh. Hari tu sepatutnya saya bergembira je. Tetiba saya teringat pada seorang senior. Dia kan sah-sah akan graduate dengan saya hari tu. Boleh pulak terlupa. Lik Sin, senior satu research team. Saya pun text dan call Lik Sin sebab tak tau kami-kami ni perlu berkumpul dimana, masuk ikut pintu mana.

Saya jumpa Lik Sin di sekitar Lobi B. Kat situ memang ramai para graduan sarjanamuda dan sarjana. Lik Sin kata kawan kami stuck kat jalanraya sebab jam, yang sorang lagi pula dah masuk dalam DECTAR. Kami ingat nak tunggu kawan kami tu. Tapi sebab kami diarahkan untuk segera masuk ke DECTAR, ikut je lah. Kami berkumpul di Lobi Utama dan memang ramai para graduan. Tetiba nampak senior kami berlegar-legar kat area tu. Saya lambai-lambai untk tarik perhatiannya. Dia kini adalah sebagai pensyarah di UKM. Dalam-dalam kami berborak-borak tu, sorang-sorang kawan sampai. Best jugak, at least takderlah saya sorang-sorang duduk tunggu turn dalam DECTAR nanti. Overall, kami yang menerima Ijazah hari tu (untuk kawan-kawan yang saya kenal dan pernah bekerjasama di MGI dulu) adalah Lik Sin, Izwan, Dayah, Kak Anis dan saya. Memang tunggu lama sebelum melangkah masuk ke dalam DECTAR tu. Masuk-masuk je saya melambai-lambai ke arah tempat duduk mak dan Aril. Hehehe..excited!

Para graduan Ijazah Sarjana Sains

Sepanjang menunggu turn kami, saya, Dayah dan Kak Anis rancak berborak. Kekadang je saya alih perhatian pada ahli kumpulan koir ARTISUKMA bila diorang perform. Rindunyer..tak sangka lagu Varsiti Kita dah digubah menjadi lebih rancak. Masa zaman saya dan kawan-kawan koir dulu, memang cepat tersentuh bila menyanyikan lagu tu. Sebab masa tu lagunya lembut je. Kali ni mereka pakai uniform warna ungu. Yang perempuan masih mengekalkan pakaian baju kebaya. Baju kebaya saya masih tersimpan dalam almari (satu-satunya baju kebaya yang saya ada). Sambil-sambil tu jugak saya jenguk pada mak dan Aril. Hehe..Aril sampai terlentok-lentok. Kesian dia. Dah lah kami semua tak sarapan pagi tu. Saya cuma minum jus je. Perut memang dah pedih-pedih. Disebabkan kami asyik berborak, terlupa yang perut tengah lapar.

Pentas penerimaan Ijazah para graduan 

Tup-tup..dah tiba giliran kami untuk naik pentas. Nervous tak terkata. Masa tu lah kain rasa londeh, masa tu lah nak terpijak kain. Bila dah tiba giliran saya senyum "control" pada Canselor. Punya lah nervous. Aduh..biarlah..yang penting dan selesai. Nak tunggu sidang habis pun memang lama. Dayah sampai text Shu minta belikan Milo bila nak jumpa kat luar nanti. Diorang nak jumpa bebudak MGI. Walaupun saya so-called " Budak MGI", saya kurang sikit sifat keMGIan sebab most of the time buat kerja di rumah. Segan seh nak tetiba menyibuk kat diorang. Still, akan jumpa jugak diorang kot.

Akhirnya, dekat hampir pukul 1pm, sidang ditangguhkan dan kami boleh keluar. Finally! Saya cari mak dan Aril dan janji akan jumpa Mei Perng di luar. Mak nak terus ajak balik, tapi saya masih nak jumpa kawan-kawan. Bukan senang nak jumpa lagi lepas ni. Sheau Huey, kawan saya masa koir dulu pun nak jumpa saya. Tak sangka yang dia sambung Master di FSSK, UKM (bertukar dari FST). Masa di luar dapat jumpa Yea ling, and kebetulan Faizal, Usop, Mahzan pun ada. Bergambar lah kami. Then, saya jumpa "Bebudak MGI". Jumpa lah Shu, Su, Kak Cah. Ramai jugak junior kot yang saya tak kenal. And also some of the guys yang muka familiar tapi tak kenal sangat. Lepas bergambar, saya terus lari ke mak dan Aril. Aaaa...kesian diorang. Dah lah lapar. Lepas jumpa Sheau Huey, saya minta diri nak balik. Aji dan Ila akan jumpa kemudian sebab diorang pun stuck dalam jam. Fuhhh...excited walaupun penat! 

Kat luar pulak, jalan sangat sesak. Terpaksa kami bertahan walaupun perut dah lapar giler! Tak sure berapa lama akhirnya kami lepas jugak daripada kesesakan dan menuju ke restoran Pak Kimbong di Seksyen 4. Saya tak dapat nak habiskan food sebab perut dah masuk angin. Sampai je kat rumah, terbaring terus. Memang letih sangat tambah lagi dengan perut yang dah masuk angin. Hati saya berdebar-debar mungkin sebab excited sangat. Masa nak solat Zuhur tetiba Aji call kata dia dan Ila dah ada depan rumah nak kasi barang. Walaupun dah nak hujan, saya jumpa gak diorang. Aaaaa...terharu sangat..diorang kasi bunga yang sangat cantik! Warna plastik tu satu tema dengan baju kurung yang saya pakai tadi.  Kami borak-borak kejap before decide nak jumpa malamnya untuk tangkap gambar di Putrajaya.

Masjid Putra, Putrajaya

Malam tu, Ila yang pick up saya. Aji naik kereta dia dengan Jannah. Kami singgah di IPG Bangi sebab saya nak tahu tentang program KARAK 11 disana. Saya difahamkan kumpulan nasyid kesayangan saya akan adakan konsert pada malam kemuncak program tersebut. Dan Ustaz Shauqi juga akan beri ceramah. Disebabkan dah malam, saya diminta datang pada esok harinya sebab mungkin juga takda orang di tempat program dijalankan. So, kami jumpa Aji yang sedang tunggu tak jauh dari IPG dan terus ke Masjid Putra. Malam tu angin sedap je. Sebenarnya angin nak hujan. Kami cari spot best dan makan Pizza Domino. Best sangat! Then saya ambik jubah, topi dan bunga untuk posing-posing di sekitar Masjid. Kekok je sebab saya sorang. Kalau reramai okay sikit. 

Nak dijadikan cerita, hujan dah mula turun renyai-renyai. Tapi, kami tetap teruskan aktiviti menangkap gambar. Tetiba masa kami tengah bergambar kat satu pokok ni, hujan turun  dengan lebat selebat-lebatnya. Sangat lebat! Kami berteduh bawah pokok tu tapi memang basah kuyup giler! Lencun! Masa berkejar ke kereta, saya tak perasan kamera tertinggal bawah pokok. Memang gelabah giler and nak menangis sebab tu kamera parents saya. Haaaa...rasa sedih ada, kelakar pun ada. Tangkap gambar tak seberapa, lencun lebih! Apa-apa pun saya tetap gembira dan bersyukur and terharu dengan Ila, Aji, Jannah sebab sudi luangkan masa untuk sambut kejayaan saya, belikan saya bunga yang sure mahal , belanja makan Pizza walaupun gaji tak masuk lagi dan terpaksa basah-basah! 

Hadiah dari kawan-kawan. Bunga (Aji, Ila, Jannah), Patung ayam (Mei Perng), Teddy Bear (Shuhaila), Photo Frame (Kak Nurul)
 
Kad pada bunga (saja nak show off, :-))

Malam tu saya mandi balik semula, basuh jubah dan arrghhhh letih yang teramat sangat. I keep on waking up in the middle of the night. I don't know, banyak sangat fikir kot. Saya katakan hari tersebut adalah yang sangat bermakna buat saya atas sebab yang biarlah saya, orang-orang tertentu dan Allah yang tahu. Thanks Allah for making it happened.  May all the sadness and sufferings turn into sincere smiles and laughter,  amending once a broken heart. Thanks to all who congratulated me. I'm so happy. Sangat-sangat happy! Cheomal chowa hae! Haengbok! 

Saturday, 24 September 2011

Open Your Eyes..Open Your Heart

Adeh..macam tak biasa menaip atas meja lain selain meja komputer saya sebelum ni (maksud saya dalam bilik). Alhamdulillah, dah seminggu jugak lah bilik saya ni bercat baru. Memang bercadang untuk buat arrangement baru dalam bilik ni. Tapi memandangkan last week dah tersangat penat dengan kerja mengecat, maka niat ditangguhkan seketika. Then, semalam cakap semula pada mak tentang susunan baru dalam bilik. Walaupun agak penat dengan kerja-kerja rumah semalam, and bajet macam susah nak alih meja komputer saya ke bilik iron (sebab most of the time banyak pakai lap top, so PC ingat letak luar) saya try jugak alih sendiri dan kemudiannya dibantu oleh mak dan abang. So, sekarang ni bukan sahaja berwajah baru, susunan dalam bilik juga berubah.

Petang tu saya melawat seorang kawan yang ditahan di wad hospital KPJ Kajang atas masalah "back pain". Lepas kerja-lerja di rumah selesai, saya mandi, solat Zuhur dan menyiapkan diri untuk ke hospital. Saya tak pernah ke KPJ Kajang tu sendiri, alhamdulillah, saya jumpa jugak tempatnya (selepas bertanya pada seorang mak cik). Agak lama juga saya disana. I learn that Allah suka pada hambaNya yang menziarahi saudaranya yang sakit. Sekarang hari dia, mungkin esok lusa hari saya pulak. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebelum pulang ke rumah, saya ke Giant, Bangi untuk membeli buah tomato dan sampai je di rumah terus makan sebab sebelum pergi hospital lupa nak makan sampai perut dah pedih-pedih. Seusai makan, saya solat Asar dan sementara menunggu waktu Maghrib saya angkat baju-baju yang disidai pagi tadi memandangkan kebanyakan baju pun dah kering. Sambil melipat baju, saya sms pada seorang kawan yang saya ajak untuk teman saya menghadiri forum di UKM pada malamnya. Betapa sedihnya saya bila dia mengatakan yang dia ada program lain dan tidak dapat menemani saya. Walaupun redha, masih ada rasa sedikit terkilan. Alhamdulillah, gayanya mak sudi untuk menemani saya malam tu dan mak pun tahu yang saya look forward untuk ke forum tersebut memandangkan idola saya akan menjadi moderator untuk program tersebut.

Program yang dimaksudkan adalah Forum Populariti: Open Your Eyes yang diadakan di Dewan Gemilang UKM sempena Pesta Konvokesyen UKM yang ke-39. Walaupun pada asalnya niat saya untuk menghadiri forum tersebut adalah kerana idola saya, namun tak dinafikan yang saya suka untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh panel-panel jemputan memandangkan kesemuanya adalah individu yang hebat dan disegani iaitu Ustaz Syed Norhisyam, Sham Kamikaze dan Catriona Ross. Isu yang dibincangkan sangat dekat dengan diri saya iaitu berkaitan dengan transformasi hati. Ia membincangkan bagaimana seseorang individu itu dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah. Bagaimana Allah mengatur plot kehidupannya sehingga hati terbuka untuk kembali kepada fitfah manusia yang ingin kembali kepada Penciptanya. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi hidayah dan taufik olehNya untuk menghadiri majlis ilmu yang sangat bermakna. Kekadang terasa sebak dan ingin menangis sebab sedar betapa jauhnya diri ini daripada ciri-ciri seorang muslimah yang sempurna. 

Forum Populariti: Open Your Eyes

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah bersikap kejam kepada hamba-hambaNya. Saya sentiasa ingat dan akan sentiasa ingat (insyaAllah) disaat hidup saya diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian dan bagaimana Allah menunjukkan saya jalan untuk kembali kepadaNya dengan cara yang sangat unik. Bagaimana saya develop rasa kerbergantungan sepenuhnya hanya kepadaNya. Ya Allah, aku sedar aku ini hambaMu yang hina. Aku masih merangkak-rangkak dalam mencari cintaMu Ya Allah. Jangan tinggalkan aku sendiri. Aku hambaMu yang lemah, penuh dengan dosa. Bantulah aku untuk terus mencari dan mencari cintaMu Ya Allah.

Esok, 26 September 2011, adalah hari yang bermakna dalam hidup saya kerana saya bakal menerima Ijazah Sarjana Sains Biologi Molekul. Alhamdullillah, dengan izinNya jua saya berjaya. Dengan izinNya jua, impian saya menjadi kenyataan. Namun, perjalanan hidup saya masih panjang. Saya masih tercari-cari hala tuju kehidupan. PadaNya jualah saya berserah, semoga setiap apa yang telah ditentukan biarlah akibatnya adalah yang baik jua. Amin...

Thursday, 22 September 2011

Thank you..friends..

These few days, I think I've been keep on thinking about my friends. Realizing I've been isolating myself from them, I guess there seems to be an empty space. I may have my own reason from keeping myself away or keep a distance from people. It is for a fact that we can never live all by ourselves in these lonely world. Maybe along the way we just sometimes needs to be with our one true self. So that we can listen what ourselves have to say. Maybe when we spend too much time with people, we tend to ignore the most important person in our life. Ourselves. What we want, what we like, what makes us happy, the person we wish to become. I guess it's true that we tend to be like the person we spend our time the most with..just maybe. 

I may have like Korean especially my most beloved Super Junior. I started to love them after seeing their adorable character and seeing them simply makes me happy. But, I could never lie to myself that I never forget my other idol, Devotees. Two idols from two different world. Both idols play such role in my life especially during my difficult times. They taught me a lot in their own way about life. I started to get to know Devotees when a friend talked to me about them during my third year in the university. And I started to really like them in 2008 when I was working as a research assistant at UKM. I may have my own reason why I like them and somehow they just keep on being my idol up until now which is already three years. Their songs help me to keep on being strong to get through life by believing that Allah will always be with me as long as I have faith in Him. I discover some kind of happiness by getting to know Allah more and more. Without even realize it, I just want to get close to Allah. 

My nasyid idol, Devotees

Super Junior in "Haengbok" music video

While Super Junior started to come into picture when I feel so in the dark. I just feel like watching their music videos titled "Haengbok" which means Happiness in Korea. I was so into their naughtiness and playfulness which keeps me smiling and laughing. I learn to be happy by seeing them being happy. Maybe I learn different kind of happiness from them. What I like most is that they have each other supporting each other and being happy with each other. I feel sort of jealous maybe. Thinking about it, I started to like Devotees, when I seeing them performing a friendship song, "Sahabatku". I guess my heart really treasure the feeling of belonging to a special person called "friends".

Last night I feel like being the worst person in the world. I feel like I've wronged so many people including my friends. By keeping myself away from them maybe good for me as I may need my own prime time. I guess somewhere in my hearts I know I miss them. And they miss me too. But I was afraid. I was afraid of getting hurt. Somehow, I managed to gather the courage to let them know my situation and keep in touch again. Letting them know how much I miss them and remember them. To all my friends, thank you for being my friends. Thank you for thinking about me, thank you for missing me, thank you for keeping me in your heart. Thank you..friends..

Monday, 19 September 2011

Happy Becoming Convocation!

Jam menunjukkan pukul 6:47pm. Ada dalam lebih kurang setengah jam nak berbuka puasa. Alhamdulillah, hari ni saya meneruskan puasa sunat Syawal yang kelima sementara masih ada lagi beberapa hari lagi Syawal yang berbaki. Dalam post saya sebelum ni saya ada mention yang saya ada tulis mind-map yang baru untuk bulan ni. Tentang apa yang saya nak buat dalam bulan September ni. Selain menghabiskan puasa sunat Syawal, saya ada merancang untuk cat bilik tidur saya. My comfort zone. Di bilik saya lah saya rasa paling bahagia sampai saya request pada supervisor saya untuk menjalankan kerja-kerja analisis saya di rumah supaya saya boleh buat kerja dengan "bahagia"nya di bilik saya. Bilikku, makmalku jua. Kalau nak buat kerja dengan tak mandi pun takder siapa nak marah. Dalam bilik ni jugalah saya ber"dating" dengan Allah. Melayan perasaan, berangan, syok sendiri, kalau nak mengamuk pun prefer dalam bilik lah.

Idea mengecat bilik ni abah yang cadangkan. Masa hari raya, before pergi bercuti di Bukit Fraser abah tengok bilik saya serabut dengan habuk atas siling. Walaupun saya kaki kemas rumah, memang tak larat nak menyedut habut kat tempat tinggi-tinggi. In fact, after saya sedut habuk kat siling that day, petang tu terus flat (atau mungkin sebab masa tu saya tengah puasa). Pastu saya bagi tau niat saya pada abang. So far, saya rasa memang bilik saya lah yang tak bercat. Kali terakhir abah yang cat kan, masa saya di tingkatan dua. Masa tu saya di MRSM Kuala Klawang. Tau-tau je dah siap dah. And saya stick dengan warna yang sama sampai bertahun-tahun. 

Alhamdulillah, kebetulan masa beli cat ada promosi dan warna yang saya suka pun ada dalam senarai promosi. Lepas beli cat, setelkan tengok episod 15 "49 Days", lepas solat Zuhur, bermulalah aktiviti mengecat bilik. Fuuhh..boleh tahan penatnya. Tambah lagi saya buat sendiri. Adalah abang tolong alih barang dan kikis cat lama. MasyaAllah, selama saya duduk bilik ni, rupanya memang dah teruk rupanya. Rajin kemas rumah je lebih, rupanya bilik sendiri pun haru. Kerja-kerja mengecat diteruskan sampai Ahad petang. Serius penat giler! Sampai rasa nak makan guna sudu pun tak larat. Macam abang saya cakap, bila dah siap, rasa suatu kepuasan dalam diri sebab berjaya cat bilik sendiri. So far, susunan still sama. Warna tema pun kekal sama cuma mestilah nampak lebih anggun dengan cat yang lebih berkualiti.

Pagi tadi masih terasa penat selepas dua hari berhempas-pulas mengecat, mengelap, memvakum, mengalih-alih barang dan sebagainya. Sampai dah selsema-selsema dah. Kalau kerja kuat gitulah jadinya. And saya dapat tau sejak 17hb September dah boleh ambik jubah. Kebetulan mak ajak keluar untuk hantar borang mintak kerja di INSPEN. So, saya ajak mak teman ambik jubah di Pusat Pengajian Siswazah, UKM. Ya Allah, terasa nak menangis pun ada. Tiba juga masanya untuk saya merasa pakai jubah Sarjana. Terima kasih Allah sebab memakbulkan doa saya. Masa ambik jubah, encik tu tanya, "Sarjana ke sarjanamuda?".  Saya jawab "Sarjana". Encik tu kata "Ingatkan sarjanamuda, kecik je". Saya cuma tersenyum. Soalan yang biasa saya terima. Kata orang, muka saya muka budak-budak. Badan pun kecik. Hehe..even if I take that as a compliment, risau jugak, takut orang pandang rendah. 

Jubah sarjana yang digantung dalam bilik yang baru dicat, :-)
 
Jubah dan topi

Tadi dah nampak khemah-khemah didirikan di persekitaran Dewan Gemilang untuk Pesta Konvo. Saya dapat tau juga yang idola nasyid saya, Adi Akmal akan jadi moderator untuk satu program pada 24hb September nanti. I'm so happy! At least mengubat rindu saya pada group nasyid kesayangan saya, Devotees. Tambah lagi masa saya terima Ijazah Sarjanamuda, Devotees perform di Pesta Konvo. Sayang juga kalau kali ni, saya tak tengok diorang perform. Saya harap konvokesyen kali ni menjadi konvokesyen yang bermakna dalam hidup saya. I miss my moment at the university. Memang banyak dugaan dan cabaran sepanjang saya menuntut ilmu di menara gading. Masih ada lagi niat dalam hati saya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ya Allah, engkau lebih mengetahui diri ini. Tunjukkan lah jalan kepadaku. Bantulah aku untuk terus memperbaiki diri ini. Amin..

Thursday, 15 September 2011

I should just "Believe"

Lately, I feel like re-organizing my life again. I feel like my head is stuffed with so many thoughts and sometimes my heart felt like blowing up with so many kinds of emotions. Uwegere? (eja entah betul entah tidak pun saya tak tahu). What is wrong with me? Why is it that I keep on thinking negative thoughts in me? Hey...everything is gonna be alright, Nad..

"If you loose your way, believe in a better day.. (Maher Zain), Trials will come, but sure the days will fade away..(Irfan Makki)" from the song "I Believe" by Irfan Makki feat Maher Zain.

I took out my planner which I have been using since 2008 (the year when I started pursuing my post-graduate studies). I wonder if I should write things again. I look through the mind-mapping I illustrated in the book. From the things I wish to do, the person I wish to become, the things I've achieved and so on..I open the new page and illustrate the new one. Just a simple one of what I want to do this time.

I noticed two cards I bought from the gift shop at New Zealand inside the planner. Poems by Faye Kilday..An Unfamilar Path..the other one..It's Up To You..

An Unfamiliar Path

Walking an unfamiliar path that you've never trod before,
Or knocking on a strange and unfamiliar door,
Can be extremely scary as you never really know,
Exactly who's behind the door or where the path will go,


Yet these are things we all must do to excel in life an grow,
To find ourselves a better job and have riches to bestow,
So although your heart is beating fast-you must do what you must do,
And remember that you are not alone,
God is watching over you!

Faye Kilday

It's Up To You

Will you win or will you lose?
The decision's entirely yours to choose!

For quitters never win and winners never quit..
So whatever you start you must stick with it!
For everyone who's successful in life
Has overcome heartache, disappointment and strife..
But they stuck with their goals-they saw them through
And they never give up until their dreams come true!

So tell me my friend, will you win or lose?
The decison's entirely yours to choose!


Faye Kilday

Yeah..everything is gonna be okay..I'm glad I opened up by planner even though I didn't write much after that. Guess what..I'm listening to "I Believe" by Irfan Makki feat Maher Zain from my parent's bedroom..:-) Maybe I should just "Believe". Thanks for the guidance, Allah..

Monday, 12 September 2011

Boleh kami beraya?

Malam tadi masa saya tengah makan malam tetiba ada suara budak-budak bagi salam. "Boleh kami beraya?". Saya dengan gelabahnya  selesaikan makan dan alamak..tak tau nak buat apa? Kebetulan adik bongsu saya ada kat luar tengah tunggu kawan dia agaknya. Mak pulak baru lepas solat kot. Saya masa tu nyorok kat dapur. Nak kemas meja makan, tau-tau bebudak tu dah duduk kat meja makan. Alahai..kemas je lah. Then, mak minta diorang duduk di ruang tamu. Boleh pulak diorang main baling-baling bantal kat situ..Saya yang memang kaki kemas rumah ni panas lah sikit. Nasib baik mak tegur diorang. Mak tanya "Kamu nak beraya ke nak duit raya?". Dengan jujurnya diorang jawab "Nak duit raya". Aduh, saya pulak yang panas hati. Takperlah, biar mak yang melayan kerenah bebudak tu. Saya belum ada kemahiran lagi nak melayan kerenah bebudak..nak layan bebaik tak reti, nak memarah pun tak reti..

Rupanya bebudak tu adalah adik-beradik dari kawasan flat kat belakang rumah. Hmm, malam tu dah lah hujan renyai-renyai. Berani betul berjalan-jalan singgah beraya di rumah orang yang tak dikenali. Bila diorang balik, baru saya keluar kemas apa yang patut (sebelum tu lepak dalam bilik adik). Mak gelak je dengan karakter saya. Adik bongsu pulak boleh dia nak melakonkan semula kerenah bebudak tadi. Hmm, saya pun kemas ruang tamu yang dah nampak agak serabut sambil mengomel. Adik bongsu saya kata "Biasalah tu..".Adeh...malu pun ada, tapi still bengang.

Sebenarnya teringat masa dengan kengkawan masa kecik-kecik dulu. Rajin jugak rasanya jalan-jalan beraya. Seronok sebenarnya. Masa tahun 2009 tak silap saya, tetiba kawan-kawan sekolah rendah text saya kata nak beraya. Gelabah jugak saya. As usual, mak yang tolong prepare food and beverages..hehe..seronok betul malam tu kami berkongsi cerita tentang kisah masing-masing. Sekarang, saya sendiri pun tak berapa nak keep in touch dengan kawan-kawan lama. Biasa-biasa je..I'm not sure if it's good or not. Al-maklumlah, kebanyakannya dah berumah-tangga. Saya pulak takder FB nak up-date dengan life orang lain. And masih tak rasa nak ada FB. 

Apa-apa pun saya masih ingat je kawan-kawan cuma there are times, saya lebih suka mendiamkan diri. Kekadang, bukan semua orang yang kite kenal sebagai kawan suatu masa dulu akan kekal sebagai kawan. Mungkin dulu kawan baik, sekarang kawan biasa. Dulu kawan biasa, tetiba dia lah yang menjadi pendengar setia. People change, and I change too. What I learned is that, be yourself. Kalau jujur dengan diri sendiri, insyaAllah akan jujur dengan orang lain. Hopefully that way, no one gets hurt..
 

Sunday, 11 September 2011

Disney Waktu Rehat

Dah almost 2 minggu umat Islam menyambut Syawal. Hujung minggu ni, saya hanya duduk di rumah macam biasa. Semalam agak letih dengan kerja-kerja rumah dan berehat je pada sebelah petang dan malamnya. Hari ni pulak tak banyak kerja rumah cuma duduk membaca dan pada pukul 12:03 pm saya turn on favorite channel saya di Astro iaitu Disney Channel untuk menonton satu rancangan kegemaran iaitu Disney Waktu Rehat. Ceritanya sekejap saja. Sekitar 5-10 minit kot (tak pernah pulak nak estimate betul-betul since bila tengok je mesti gelak). Saya pun tak pasti macam mana saya boleh tertengok cerita ni. Yang pasti saya memang sangat-sangat suka dengan kenakalan dan telatah watak-watak dalam cerita ni.


Mengisahkan tentang pelajar-pelajar SM Jalan Mas yang mana pada waktu rehat ada saja kerenah yang boleh membuatkan penonton geli hati. Memandangkan saya selalu sibuk dengan aktiviti sendiri, selalu jugaklah terlepas untuk menonton rancangan ni. Entah kenapa hari ni tergerak hati pulak nak try tengok website diorang. Apa lagi, kalau dah ada koleksi episod penuh tu, memang bergelak sakanlah saya melayannya. Ni pun masih tak habis lagi, ada beberapa lagi episod yang tinggal termasuk special episode. 

Bila tengok kenakalan diorang, rasa jealous pun ada. Rasa rindu dengan suasana di sekolah dulu pun ada. Teringat kenangan bersama kawan-kawan di sekolah. Sekarang masing-masing dah ada komitmen dan jalan masing-masing. Cabaran masing-masing dan masalah masing-masing. I used to believe that true friends will last forever. Sepanjang kite berkawan dan menjalin persahabatan, pastinya ada suka-duka yang dilalui bersama. Dan pastinya juga ada sikap dan kata-kata yang boleh membuatkan kite atau kawan-kawan kite terluka. Yang pasti, Allah amat menyayangi hambaNya yang memaafkan saudaranya sendiri. 

Kemaafan perlulah datang daripada hati yang ikhlas. Tak boleh dipaksa-paksa. Mungkin juga ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya. It's okay, jujur dengan diri sendiri dan biar masa yang mengubatinya. Mungkin jugak saya sebenarnya sedang memujuk dan menasihati diri sendiri. Saya bersyukur kerana pernah merasai memiliki sekumpulan sahabat yang boleh menjadi tempat berkongsi suka dan duka. Along the way, yupe, mungkin ada yang masih terus kekal menjadi kawan dan mungkin juga ada yang dah pun bawa haluan masing-masing. Saya juga rasa bersyukur kerana berpeluang untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru yang sudi untuk menerima diri ini sebagai kawan. Saya ingat kata-kata Dr Fadzillah Kamsah "Kalau kita mahu kawan sejati, jadilah seorang kawan yang sejati". 

Perjalanan hidup saya masih terlalu panjang dan tentunya saya memerlukan sahabat yang sudi untuk menjadi teman waktu saya gembira atau bersedih. Apa-apa pun, thanks to Disney Waktu Rehat. I have such a wonderful time watching you guys. Semoga rancangan ni terus mendapat sambutan. 

Disney Waktu Rehat-1st Season
 
Disney Waktu Rehat-2nd Season

Thursday, 8 September 2011

Love Yourself

Semalam saya takder publish sebarang post. Semalam hari yang agak mendung bagi saya. Jiwa saya rasa tertekan, kepala saya serabut, macam-macam perasaan negatif yang saya rasa. Jelak, menyampah, benci, dendam. Kebiasaannya saya akan segera ambil wudhu' dan solat. Baca Al-Ma'thurat, Yassin dan zikir Asma Ul-Husna. Mengadu pada yang Maha Esa. Dia Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Mungkin, ada sesuatu yang Dia nak sampaikan pada saya, hambaNya yang sangat lemah ni. 

Macam hari-hari lain, saya akan selesaikan kerja-kerja rumah (kekadang sambil blogging) sampai waktu Zohor, selepas solat baru saya rehat. After solat Zohor, saya rasa badan saya sangat lemah. Cuma terbaring dan habiskan baca buku Kebaya Tales. Honestly, there were lots that I learned from that book. Not just about Baba and Nyonya. There are messages about real life events that is happening which I may not think about. A friend once told me, we should learn from others mistakes as we are not able to do all the mistakes in the world. And guess what, I have already finished reading that book. And look forward to read another.

After I had my dinner, I feel a little better. Yet, all the negative things that I've been thinking about in the morning keep playing in my head. Arrrgghh, I just couldn't find the answer. I emailed two friends about it and only one replied. We just catching up with each other's life. The one that replied is my close friend. Actually, both are. I checked my email again that night, in case the other friend reply. Yet, she doesn't. The one that replied in the afternoon sent another replied email. Yupe, I am happy, yet not sure if I get the answer. 

Besides reading my idol's blog, iluvislam.com is one of my favorite websites. I seldom visit there, I just enjoy having some light reading there. I was attracted to article on Taubat. The title is "Lapangkan hati dengan taubat". I think I keep on reading from one article to another. Until I noticed one familiar name "Pahrol Mohd Juoi". Yes, he writes excellent articles. In fact, he is Lead Editor for a very excellent Islamic magazines "Solusi". I've been reading this magazine as part of my "tazkirah" time. 

Saya tergerak hati untuk klik pada alamat blog saudara Pahrol dan yupe, saya surf there and read artilcles yang menarik hati saya. Funny, ayat-ayat dalam penulisan post saudara Pahrol sounds very familiar to me. Mungkin sebab saya dah selalu baca penulisan beliau dalam majalah Solusi tu. Apa yang menyentuh saya adalah apabila beliau banyak menyentuh tentang "hati" yang merupakan raja dalam diri manusia. Dalam diri manusia ada seketul daging, itulah hati. Kalau baik daging tersebut, maka baiklah diri seseorang itu. Kalau buruk daging tersebut, maka buruklah diri seseorang itu. Mungkinkah hati saya ni kotor? Keep on thinking about that..

Honestly, saya tak ingat semua yang saya baca daripada blog saudara Pahrol, cuma I feel like the answer is somewhere in there. Apa yang keep on appearing in my mind is that "Hargai diri sendiri". This morning, saya rasa nak kemas satu majalah Solusi yang sejak semalam terbiar atas sofa di ruang tamu. Tajuknya "Membina Keyakinan Diri". Saya baca mukaddimah oleh saudara Pahrol and ayat yang familar dengan apa yang saya baca dalam blog beliau malam tadi. Yupe, "Hargai Diri Sendiri". 

Mungkin, inilah yang membuat saya tertekan lately. Sangat tertekan. Depressed, down, benci, dendam, menyampah and all the negative feelings one could feel. Nasib baik tak meletop! Pada 26 September 2011, iaitu dalam tiga minggu lagi saya bakal menerima Ijazah Sarjana Sains Biologi Molekul. Impian saya selama ni. Saya menyimpan cita-cita ni sejak saya second year. Ingat lagi, saya ceritakan tentang cita-cita saya ni pada seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Cuma dengan keadaan saya masa tu, tak terfikir langsung yang diri ini mampu untuk berbuat demikian.

Saya akui terlalu banyak dugaan dan ujian yang Allah hidangkan pada saya sepanjang saya bergelar mahasiswi. One may say everything seems to go so smooth for me. Because they don't see my struggles. Perasaan-perasaan negatif yang saya rasa all these time mungkin disebabkan rasa benci, jelak, menyampah, dendam pada "mereka" yang Allah pilih untuk menjadi ujian buat saya. Mungkin sebenarnya juga adalah rahmat buat saya. Sepanjang bulan Ramadhan, selalu berdoa pada Allah supaya hati saya dijauhkan daripada segala penyakit. Moga luka-luka di hati saya terubat dengan rahmat dan kasih sayangNya. Mungkin juga, untuk mengubati hati itu, saya perlu lalui proses-proses ini dengan jalan sabar, sabar dan sabar..

"Hargai diri sendiri". Saya pernah terlupa suatu masa, seseorang yang saya perlu sentiasa maafkan adalah diri saya sendiri. Mungkin all these time, saya lebih pentingkan apa yang orang lain fikir berbanding apa yang saya fikir. Lebih pentingkan apa yang so-called-friends fikir berbanding apa yang saya fikir. Lebih pentingkan apa yang parents or siblings or relatives fikir berbanding apa yang SAYA fikir. In the end, I expect TOO MUCH out of myself. Bila saya fikir, isu ni bukan baru untuk saya. Saya masih struggle untuk melalui semua ni. Saya masih merangkak dan mungkin juga  masih bertatih untuk "Membina Keyakinan Diri" saya. Tapi, takpa..setiap orang ada jangka masa perkembangan sendiri. Thanks to mukaddimah saudara Pahrol which I read this morning. I probably have the answer somehow.

Situasi saya sangat menekan sekarang sebab..well, adalah sebab-sebabnya (malas nak tulis). Mungkin sebab tu things got out of control and out of hands. I may not have the answer for every single thing that is happening in my life. Mungkin juga I keep on reminding myself of the past. That's a fatal mistake. Masa saya di New Zealand, saya ingat ada tengok rancangan Oprah Winfrey. Ada satu ayat yang agak best. Forgiveness does not mean that you should accept that person back into your life. It means letting go the hope that things could have been different. Yeah...maybe...the only thing I have right now would be this moment. Right NOW! I should make the most of it..yes..I will..

Wednesday, 7 September 2011

Books and Me

Saya sangat-sangat-sangat suka membaca. Book is like a friend who talks to me. Since teenager saya memang suka membeli buku-buku cerita. Hmm, in fact sebenarnya dari sekolah rendah pun. Ingat lagi, saya dan kengkawan register as ahli Kelab Buku Kenari. Boleh langgan buku-buku novel melayu yang best! Antara favorite buku saya masa tu adalah Wira, Wira II dan Wira III. Watak utamanya Zaki yang sangat suka game berkomputer. Satu hari seorang yang tak dikenali memperkenalkan suatu permainan komputer padanya dan sejak daripada tu Zaki experience perkara pelik. Sebenarnya, sesiapa yang main game tu akan betul-betul jadi watak dalam game dan sekiranya dia kalah, dia akan terperangkap dalam game tu sampai ada orang lain yang kalah dengannya akan menggantikan tempatnya. Wira II menceritakan adik Zaki, Zainal terperangkap dalam permainan tersebut dan Wira III menceritakan bagaimana Zaki dan Zainal bersama-sama masuk ke dalam permainan berhantu tersebut untuk menyelamatkan kawan baik Zaki, Kok Meng yang terperangkap dalam game tersebut. Penceritaan sequence novel ni memang mendebarkan. Sangat best!

Then, bila dah start remaja saya mula tertarik dengan buku The Chicken Soup For the Soul Series. Masa di MRSM Kuala Klawang, kalau waktu rehat kekadang malas nak pergi makan di Dewan Selera. So, selalu lepak di lobi library. Kebetulan kat area light reading ada buku Chicken Soup for the Kid's Soul. Sejak baca buku tu, saya memang sangat jatuh cinta. And seingat saya after PMR baru mula beli buku ni di MPH Mega Mall MidValley. In fact sampai sekarang, saya still akan collect. Harganya agak mahal, still I love it! 


Masa bulan puasa hari tu, saya ada langgan satu buku keluaran InTeam Publishing. Tajuknya Setanggi Kalbu Harraz. Saya bukanlah peminat novel-novel Melayu cuma ada tarikan pada buku tersebut dimana idola nasyid saya, Adi Akmal dijadikan sebagai model pada kulit buku tersebut. Nak dapatkan buku tersebut, saya perlu langgan secara online. Memandangkan saya tak berapa mahir bab-bab online shopping ni, ingatkan tak berpeluang nak memiliki buku ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan, kawan saya Ila, sudi nak tolong saya dapatkan buku tu memandangkan beliau memang biasa dengan urusan payment secara online ni. Memang mengambil masa jugak buku tu nak sampai ke tangan saya. It takes weeks. Bila dah dapat buku tu, saya ambil masa dua hari untuk habiskan baca. I never thought I'd enjoy reading that book. Sangat tersentuh dengan persahabatan Harraz dan kawan-kawannya dalam perjuangan menyebarkan dakwah melalui nasyid. Bila sesuatu perkara tu dilakukan dengan niat kerana Allah, dengan izinNya semuanya akan dipermudahkan. 


Banyak lagi buku-buku yang best! Antaranya buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal-Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Saya tergerak hati nak baca buku ni masa bekerja sambilan di Putrajaya masa ada jualan buku-buku keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Nak beli, saya sendiri tengah save bajet. Rupanya kawan saya Latifah, dah pun memiliki ketiga-tiga buku ni dan beliau meminjamkan buku-buku tersebut pada saya. Memang best!


 Saya pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik di Pusat Bahasa UKM kepada  Prof Madya Dr Lee Su Kim. It was such an enjoyable moment and wonderful experience for me. Beliau seorang penulis buku dan telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku. Antaranya "Kebaya Tales" yang menjadi best-seller. Baru-baru ini buku ni telah mendapat tempat pertama bagi kategori fiksyen untuk Popular-The Star Reader's Choice Awards 2011 yang dianjurkan oleh BookFest@Malaysia 2011. Dr Lee juga memberikan satu buku sebagai hadiah with her autograph kepada saya. Sekarang, saya sedang baca buku tersebut, :-)



Yupe, so I've been enjoying myself reading, reading and reading. Dr Lee menjadi inspirasi saya untuk menulis buku sendiri suatu hari nanti. InsyaAllah..

Tuesday, 6 September 2011

My small-small goals

Alhamdulillah, dah publish beberapa post. Walaupun setakat short stories, I started to enjoy my new hobby. At least apa yang saya tulis lahir daripada hati. Sebenarnya inspirasi saya untuk menulis blog ni datang daripada idola nasyid saya Halim dan Muhammad. Saya enjoy baca post diorang and rasa nak buat benda yang sama. Saya start blogging pada tahun 2009. Cuma saya rasa tulisan saya pada masa tu bukan apa yang lahir dari hati. In the end, saya decide untuk quit. Masa tu ada jugak pembaca setia, kawan baik saya Linda. 

Then, masa bulan puasa hari tu kawan saya, Latifah bagi cadangan untuk tulis blog. Should be interesting she says. Antara cadangan Latifah lagi adalah untuk tulis my goals in life. Saya terfikir tentang tu sekarang, cuma goal saya untuk hari ni adalah goal yang kecik-kecik. Antaranya,

  • Belajar memasak
  • Istiqamah buat solat sunat
  • Istiqamah baca Al-Ma'thurat
  • Keep on job hunting
  • Baca Al-Quran (Alhamdulillah, dapat khatam Al-Quran Ramadhan hari tu)
  • Puasa sunat bulan Syawal
  • Habiskan baca buku Imam Syafie (alhamdulillah, baru je habiskan)
  • Istiqamah solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh di awal waktu
  • Istiqamah zikir-zikir Asma Ul-Husna
  • Selalu doakan untuk arwah atuk abah, arwah atuk mak, arwah cik tan, arwah cik mala.
  • Istiqamah tutup aurat dengan sempurna

Hmm..buat masa ni apa yang disenaraikan ialah apa yang saya fikir buat masa ni. Hopefully, dengan izinNya saya dapat lakukan and persevere dengan goal-goal saya ni. Amin...

Monday, 5 September 2011

I Miss You Grandpa..

Hari tu masa berborak dengan mak, somehow my mum mentioned about my late grandfather. We called him Atuk abah. Mum said that even though grandpa can be grumpy at times, when he wanted to say something to his children, he said it in a very gentle manner. As if he understands ones problem. I miss him..He passed away during my third year at the university. It was hard for me and the family. A week before he died, my family members went back to his house because that year, there were heavy flood at Johor and our area was badly affected. They went back as the water level was decreasing and the people were starting to clean up whatever they can. I heard that my younger cousins were having fun playing around with the water. I decided to stay back here at Bangi as I got stuff to take care of and the house was in a big mess. 

I think it was on Tuesday evening when I don't feel like taking my handphone with me out and when I get back home I saw my brother was waiting for me. When I got out of the car he just said "Grandpa has passed away" and I saw one miscalled from my cousin when I get into my room. It was hard..We went straight to Johor after my cousin reached Bangi. I couldn't help crying in the car.

My heart felt heavier as we reached grandpa's house. I saw people were reading Yassin inside. I grabbed The Yassin book, sat next to the deceased and read the surah. Tears just keep on flowing. Right next to me was one of my cousin and I felt stronger by having her next to me. I was tired yet I couldn't leave where I was seating as that would be the last day for me to at least do that. It was hard yet I felt stronger by having the other family members with me. 

I miss you Grandpa..I miss hugging you..I miss talking to you..I miss holding your hand..I just miss you so much..

Sunday, 4 September 2011

Lembaran Baru

Hari ni hari yang keempat menyambut Syawal. Hari juga saya balik dari percutian di Bukit Fraser. Funny, I am supposed to feel detoxed after going to such a peaceful place and yet..I got stressed out there! Apa-apa pun I am here back at Bangi and esok nak continue puasa sunat Syawal. Tadi masa tengah merayau di blog Halim dan Muhammad tetiba terdengar suara orang panggil kat bawah. Ingat kan mak yang panggil, rupanya Mak Itam datang singgah dengan Pak Itam, Hizami dan Wani. Memandangkan tahun ni tak beraya di kampung, dan dalam keadaan yang tengah agak stress, bila dapat berjumpa saudara macam melepaskan rindu jugak lah. Seronok bercerita dengan Wani tentang Super Junior tersayang. Dah lah malam tadi memang termimpi-mimpi jumpa cousin dan SUPER JUNIOR! Sebenarnya kekadang rasa sunyi sebab takder teman nak berborak.

Lepas diorang bergerak nak hantar Hizami ke rumah sewa dia, as usual kemas apa-apa yang patut. Then lepak kat bilik abang borak-borak. Rupanya abang ada DVD satu movie yang Halim consider as brilliant movie-Ocean's Eleven. Saya pinjam dulu, nanti kalau ada mood baru tengok. After kemas-kemas perasan mak duduk kat buaian kat luar. Then lepak-lepak dengan mak. Banyak sangat benda kitorang cerita. Mungkin pada saat tu, Allah nak tunjukkan pada kitorang dua orang banyak perkara. Banyak perkara yang berlaku lately and jiwa saya rasa letih. Allah Maha Mengetahui dan kepada Dia lah tempat kembali segala masalah. Dia berhak menguji setiap hamba yang dikehendakiNya. Ya Allah, ampunkan aku atas segala kelemahan diriku. Kurniakanlah kekuatan pada diriku ini Ya Allah. I need you all the time...

Esok saya berdoa bermula lembaran baru dalam hidup saya untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Permudahkan segala urusan hambaMu ini Ya Allah..Amin..

Thursday, 1 September 2011

YongSeo Couple

It's 3rd Syawal in the evening and I am in my bedroom. My second day fasting this Syawal. Started yesterday since I have nothing much to do. Yesterday my mum and big brother went back to Johor visiting the relatives there. I was enjoying myself at home and it was so calm at Bangi yesterday. Cuaca redup sepanjang hari. Hari ni dah start panas semula. These two days saya puasa sunat Syawal, memang tak larat nak bangun sahur. Buat kerja sikit je dah rasa penat. Saya melayan kan Korea punya variety show We Got Married-Yong Hwa dan Seohyun couple. Dah lama tinggal and rasanya dah lama saya copy dari Aji. Sweet sangat..teringat macam mana saya start kenal Yong Hwa tu. Masa tengok drama You're beautiful. Sangat suka watak dia sebagai Shinwoo hyung (ala-ala Jihoo sunbae dalam Boys Over Flowers). Sangat baik hati, gentleman and sweet. Agak berbeza dengan watak dia yang sebenar when he is actually playful, naughty, suka bergurau. Best!. Dua-dua perwatakan tu saya suka je..tapi tak sure yang mana satu sesuai dengan character saya.

Seohyun, SNSD member, sangat cantik and cantik and cantik...In fact semua SNSD member memang cantik. Saya suka tengok dia dengan Yong Hwa. I mean, I see there's a chemistry there. Saya takderlah layan lagu-lagu SNSD cuma suka tengok member-member SNSD yang memang cantik. Tomorrow me and my family will be going to Fraser Hill (tak semua ikut). Hmm, saya memang suka pergi ke tempat-tempat nature yang menghijau. Tenang fikiran and boleh detox kepala otak yang serabut dengan sampah sarap. Last time  saya pergi masa kecik-kecik sangat. Rasanya masa tu cuma saya dengan abang dua beradik. Kitorang masa kecik-kecik pantang nampak swimming pool terus nak terjun main air berjam-jam. Kalau tak silap saya..masa tu kitorang duduk guest house sekali dengan collegue-collegue abah yang lain. And saya ingat ada pool yang airnya dah warna hijau. And I don't know how it happened but I remember getting drown in the pool..dalam jugak pool tu..Well, I just hope that I'm gonna have a wonderful time tomorrow. 

Ada dalam one hour lagi nak berbuka. Penat jugak menghadap lap top lama-lama. Nak sambung tengok Yong Seo couple. Until then..