Dah almost 2 minggu umat Islam menyambut Syawal. Hujung minggu ni, saya hanya duduk di rumah macam biasa. Semalam agak letih dengan kerja-kerja rumah dan berehat je pada sebelah petang dan malamnya. Hari ni pulak tak banyak kerja rumah cuma duduk membaca dan pada pukul 12:03 pm saya turn on favorite channel saya di Astro iaitu Disney Channel untuk menonton satu rancangan kegemaran iaitu Disney Waktu Rehat. Ceritanya sekejap saja. Sekitar 5-10 minit kot (tak pernah pulak nak estimate betul-betul since bila tengok je mesti gelak). Saya pun tak pasti macam mana saya boleh tertengok cerita ni. Yang pasti saya memang sangat-sangat suka dengan kenakalan dan telatah watak-watak dalam cerita ni.
Mengisahkan tentang pelajar-pelajar SM Jalan Mas yang mana pada waktu rehat ada saja kerenah yang boleh membuatkan penonton geli hati. Memandangkan saya selalu sibuk dengan aktiviti sendiri, selalu jugaklah terlepas untuk menonton rancangan ni. Entah kenapa hari ni tergerak hati pulak nak try tengok website diorang. Apa lagi, kalau dah ada koleksi episod penuh tu, memang bergelak sakanlah saya melayannya. Ni pun masih tak habis lagi, ada beberapa lagi episod yang tinggal termasuk special episode.
Bila tengok kenakalan diorang, rasa jealous pun ada. Rasa rindu dengan suasana di sekolah dulu pun ada. Teringat kenangan bersama kawan-kawan di sekolah. Sekarang masing-masing dah ada komitmen dan jalan masing-masing. Cabaran masing-masing dan masalah masing-masing. I used to believe that true friends will last forever. Sepanjang kite berkawan dan menjalin persahabatan, pastinya ada suka-duka yang dilalui bersama. Dan pastinya juga ada sikap dan kata-kata yang boleh membuatkan kite atau kawan-kawan kite terluka. Yang pasti, Allah amat menyayangi hambaNya yang memaafkan saudaranya sendiri.
Kemaafan perlulah datang daripada hati yang ikhlas. Tak boleh dipaksa-paksa. Mungkin juga ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya. It's okay, jujur dengan diri sendiri dan biar masa yang mengubatinya. Mungkin jugak saya sebenarnya sedang memujuk dan menasihati diri sendiri. Saya bersyukur kerana pernah merasai memiliki sekumpulan sahabat yang boleh menjadi tempat berkongsi suka dan duka. Along the way, yupe, mungkin ada yang masih terus kekal menjadi kawan dan mungkin juga ada yang dah pun bawa haluan masing-masing. Saya juga rasa bersyukur kerana berpeluang untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru yang sudi untuk menerima diri ini sebagai kawan. Saya ingat kata-kata Dr Fadzillah Kamsah "Kalau kita mahu kawan sejati, jadilah seorang kawan yang sejati".
Perjalanan hidup saya masih terlalu panjang dan tentunya saya memerlukan sahabat yang sudi untuk menjadi teman waktu saya gembira atau bersedih. Apa-apa pun, thanks to Disney Waktu Rehat. I have such a wonderful time watching you guys. Semoga rancangan ni terus mendapat sambutan.
![]() |
| Disney Waktu Rehat-1st Season |
![]() |
| Disney Waktu Rehat-2nd Season |



No comments:
Post a Comment