Wednesday, 7 September 2011

Books and Me

Saya sangat-sangat-sangat suka membaca. Book is like a friend who talks to me. Since teenager saya memang suka membeli buku-buku cerita. Hmm, in fact sebenarnya dari sekolah rendah pun. Ingat lagi, saya dan kengkawan register as ahli Kelab Buku Kenari. Boleh langgan buku-buku novel melayu yang best! Antara favorite buku saya masa tu adalah Wira, Wira II dan Wira III. Watak utamanya Zaki yang sangat suka game berkomputer. Satu hari seorang yang tak dikenali memperkenalkan suatu permainan komputer padanya dan sejak daripada tu Zaki experience perkara pelik. Sebenarnya, sesiapa yang main game tu akan betul-betul jadi watak dalam game dan sekiranya dia kalah, dia akan terperangkap dalam game tu sampai ada orang lain yang kalah dengannya akan menggantikan tempatnya. Wira II menceritakan adik Zaki, Zainal terperangkap dalam permainan tersebut dan Wira III menceritakan bagaimana Zaki dan Zainal bersama-sama masuk ke dalam permainan berhantu tersebut untuk menyelamatkan kawan baik Zaki, Kok Meng yang terperangkap dalam game tersebut. Penceritaan sequence novel ni memang mendebarkan. Sangat best!

Then, bila dah start remaja saya mula tertarik dengan buku The Chicken Soup For the Soul Series. Masa di MRSM Kuala Klawang, kalau waktu rehat kekadang malas nak pergi makan di Dewan Selera. So, selalu lepak di lobi library. Kebetulan kat area light reading ada buku Chicken Soup for the Kid's Soul. Sejak baca buku tu, saya memang sangat jatuh cinta. And seingat saya after PMR baru mula beli buku ni di MPH Mega Mall MidValley. In fact sampai sekarang, saya still akan collect. Harganya agak mahal, still I love it! 


Masa bulan puasa hari tu, saya ada langgan satu buku keluaran InTeam Publishing. Tajuknya Setanggi Kalbu Harraz. Saya bukanlah peminat novel-novel Melayu cuma ada tarikan pada buku tersebut dimana idola nasyid saya, Adi Akmal dijadikan sebagai model pada kulit buku tersebut. Nak dapatkan buku tersebut, saya perlu langgan secara online. Memandangkan saya tak berapa mahir bab-bab online shopping ni, ingatkan tak berpeluang nak memiliki buku ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan, kawan saya Ila, sudi nak tolong saya dapatkan buku tu memandangkan beliau memang biasa dengan urusan payment secara online ni. Memang mengambil masa jugak buku tu nak sampai ke tangan saya. It takes weeks. Bila dah dapat buku tu, saya ambil masa dua hari untuk habiskan baca. I never thought I'd enjoy reading that book. Sangat tersentuh dengan persahabatan Harraz dan kawan-kawannya dalam perjuangan menyebarkan dakwah melalui nasyid. Bila sesuatu perkara tu dilakukan dengan niat kerana Allah, dengan izinNya semuanya akan dipermudahkan. 


Banyak lagi buku-buku yang best! Antaranya buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal-Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Saya tergerak hati nak baca buku ni masa bekerja sambilan di Putrajaya masa ada jualan buku-buku keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Nak beli, saya sendiri tengah save bajet. Rupanya kawan saya Latifah, dah pun memiliki ketiga-tiga buku ni dan beliau meminjamkan buku-buku tersebut pada saya. Memang best!


 Saya pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik di Pusat Bahasa UKM kepada  Prof Madya Dr Lee Su Kim. It was such an enjoyable moment and wonderful experience for me. Beliau seorang penulis buku dan telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku. Antaranya "Kebaya Tales" yang menjadi best-seller. Baru-baru ini buku ni telah mendapat tempat pertama bagi kategori fiksyen untuk Popular-The Star Reader's Choice Awards 2011 yang dianjurkan oleh BookFest@Malaysia 2011. Dr Lee juga memberikan satu buku sebagai hadiah with her autograph kepada saya. Sekarang, saya sedang baca buku tersebut, :-)



Yupe, so I've been enjoying myself reading, reading and reading. Dr Lee menjadi inspirasi saya untuk menulis buku sendiri suatu hari nanti. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment