Alhamdulillah, selesai melipat baju untuk hari ni. Sementara menunggu waktu Maghrib bolehlah saya menulis sekejap. Alhamdulillah, segala puji hanya buatNya atas segala nikmat dan kegembiraan yang dikurniakan. Segala puji buatNya juga atas segala ujian dan dugaan sebagai rahmat dan didikan disebalik semua tu. Dua hari lepas merupakan hari yang agak mencabar buat saya selepas menyambut hari yang bermakna bagi saya pada 26 September lepas. Saya telah pun usahakan apa yang termampu dan berserah padaNya. Semoga Dia sentiasa memberi petunjukNya pada saya untuk menghadapi apa jua cabaran.
Bercakap tentang 26 September 2011, iaitu pada Isnin yang lepas dimana hari saya menerima Ijazah Sarjana Biologi Molekul. Saya bersyukur ke hadratNya kerana yakin yang Dia telah mendengar doa saya selama ni. Saya memohon kepadaNya agar pada tarikh tersebut menjadi hari yang bermakna dalam hidup saya. Saya berserah kepadaNya untuk mengatur segalanya dan saya yakin yang segala aturanNya adalah yang terbaik buat kita dan saya merasakan yang hari tersebut adalah hari yang sangat bermakna buat saya.
Pada mulanya agak gelabah bila tiba di perkarangan DECTAR kerana saya tak tau nak cari siapa. Takda pun muka yang familiar walaupun semuanya berjubah ungu. Di hari yang bermakna tu, mak dan Aril, yang dapat menemani saya dan akan masuk ke DECTAR untuk menyaksikan saya menerima Ijazah tersebut. Banyak muka yang bermain di fikiran tapi tak pasti sebab saya memang tak keep in touch dengan sesiapa sangat. Boleh pulak nak terasa stress. Isshh..tak boleh-tak boleh. Hari tu sepatutnya saya bergembira je. Tetiba saya teringat pada seorang senior. Dia kan sah-sah akan graduate dengan saya hari tu. Boleh pulak terlupa. Lik Sin, senior satu research team. Saya pun text dan call Lik Sin sebab tak tau kami-kami ni perlu berkumpul dimana, masuk ikut pintu mana.
Saya jumpa Lik Sin di sekitar Lobi B. Kat situ memang ramai para graduan sarjanamuda dan sarjana. Lik Sin kata kawan kami stuck kat jalanraya sebab jam, yang sorang lagi pula dah masuk dalam DECTAR. Kami ingat nak tunggu kawan kami tu. Tapi sebab kami diarahkan untuk segera masuk ke DECTAR, ikut je lah. Kami berkumpul di Lobi Utama dan memang ramai para graduan. Tetiba nampak senior kami berlegar-legar kat area tu. Saya lambai-lambai untk tarik perhatiannya. Dia kini adalah sebagai pensyarah di UKM. Dalam-dalam kami berborak-borak tu, sorang-sorang kawan sampai. Best jugak, at least takderlah saya sorang-sorang duduk tunggu turn dalam DECTAR nanti. Overall, kami yang menerima Ijazah hari tu (untuk kawan-kawan yang saya kenal dan pernah bekerjasama di MGI dulu) adalah Lik Sin, Izwan, Dayah, Kak Anis dan saya. Memang tunggu lama sebelum melangkah masuk ke dalam DECTAR tu. Masuk-masuk je saya melambai-lambai ke arah tempat duduk mak dan Aril. Hehehe..excited!
| Para graduan Ijazah Sarjana Sains |
Sepanjang menunggu turn kami, saya, Dayah dan Kak Anis rancak berborak. Kekadang je saya alih perhatian pada ahli kumpulan koir ARTISUKMA bila diorang perform. Rindunyer..tak sangka lagu Varsiti Kita dah digubah menjadi lebih rancak. Masa zaman saya dan kawan-kawan koir dulu, memang cepat tersentuh bila menyanyikan lagu tu. Sebab masa tu lagunya lembut je. Kali ni mereka pakai uniform warna ungu. Yang perempuan masih mengekalkan pakaian baju kebaya. Baju kebaya saya masih tersimpan dalam almari (satu-satunya baju kebaya yang saya ada). Sambil-sambil tu jugak saya jenguk pada mak dan Aril. Hehe..Aril sampai terlentok-lentok. Kesian dia. Dah lah kami semua tak sarapan pagi tu. Saya cuma minum jus je. Perut memang dah pedih-pedih. Disebabkan kami asyik berborak, terlupa yang perut tengah lapar.
| Pentas penerimaan Ijazah para graduan |
Tup-tup..dah tiba giliran kami untuk naik pentas. Nervous tak terkata. Masa tu lah kain rasa londeh, masa tu lah nak terpijak kain. Bila dah tiba giliran saya senyum "control" pada Canselor. Punya lah nervous. Aduh..biarlah..yang penting dan selesai. Nak tunggu sidang habis pun memang lama. Dayah sampai text Shu minta belikan Milo bila nak jumpa kat luar nanti. Diorang nak jumpa bebudak MGI. Walaupun saya so-called " Budak MGI", saya kurang sikit sifat keMGIan sebab most of the time buat kerja di rumah. Segan seh nak tetiba menyibuk kat diorang. Still, akan jumpa jugak diorang kot.
Akhirnya, dekat hampir pukul 1pm, sidang ditangguhkan dan kami boleh keluar. Finally! Saya cari mak dan Aril dan janji akan jumpa Mei Perng di luar. Mak nak terus ajak balik, tapi saya masih nak jumpa kawan-kawan. Bukan senang nak jumpa lagi lepas ni. Sheau Huey, kawan saya masa koir dulu pun nak jumpa saya. Tak sangka yang dia sambung Master di FSSK, UKM (bertukar dari FST). Masa di luar dapat jumpa Yea ling, and kebetulan Faizal, Usop, Mahzan pun ada. Bergambar lah kami. Then, saya jumpa "Bebudak MGI". Jumpa lah Shu, Su, Kak Cah. Ramai jugak junior kot yang saya tak kenal. And also some of the guys yang muka familiar tapi tak kenal sangat. Lepas bergambar, saya terus lari ke mak dan Aril. Aaaa...kesian diorang. Dah lah lapar. Lepas jumpa Sheau Huey, saya minta diri nak balik. Aji dan Ila akan jumpa kemudian sebab diorang pun stuck dalam jam. Fuhhh...excited walaupun penat!
Kat luar pulak, jalan sangat sesak. Terpaksa kami bertahan walaupun perut dah lapar giler! Tak sure berapa lama akhirnya kami lepas jugak daripada kesesakan dan menuju ke restoran Pak Kimbong di Seksyen 4. Saya tak dapat nak habiskan food sebab perut dah masuk angin. Sampai je kat rumah, terbaring terus. Memang letih sangat tambah lagi dengan perut yang dah masuk angin. Hati saya berdebar-debar mungkin sebab excited sangat. Masa nak solat Zuhur tetiba Aji call kata dia dan Ila dah ada depan rumah nak kasi barang. Walaupun dah nak hujan, saya jumpa gak diorang. Aaaaa...terharu sangat..diorang kasi bunga yang sangat cantik! Warna plastik tu satu tema dengan baju kurung yang saya pakai tadi. Kami borak-borak kejap before decide nak jumpa malamnya untuk tangkap gambar di Putrajaya.
| Masjid Putra, Putrajaya |
Malam tu, Ila yang pick up saya. Aji naik kereta dia dengan Jannah. Kami singgah di IPG Bangi sebab saya nak tahu tentang program KARAK 11 disana. Saya difahamkan kumpulan nasyid kesayangan saya akan adakan konsert pada malam kemuncak program tersebut. Dan Ustaz Shauqi juga akan beri ceramah. Disebabkan dah malam, saya diminta datang pada esok harinya sebab mungkin juga takda orang di tempat program dijalankan. So, kami jumpa Aji yang sedang tunggu tak jauh dari IPG dan terus ke Masjid Putra. Malam tu angin sedap je. Sebenarnya angin nak hujan. Kami cari spot best dan makan Pizza Domino. Best sangat! Then saya ambik jubah, topi dan bunga untuk posing-posing di sekitar Masjid. Kekok je sebab saya sorang. Kalau reramai okay sikit.
Nak dijadikan cerita, hujan dah mula turun renyai-renyai. Tapi, kami tetap teruskan aktiviti menangkap gambar. Tetiba masa kami tengah bergambar kat satu pokok ni, hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya. Sangat lebat! Kami berteduh bawah pokok tu tapi memang basah kuyup giler! Lencun! Masa berkejar ke kereta, saya tak perasan kamera tertinggal bawah pokok. Memang gelabah giler and nak menangis sebab tu kamera parents saya. Haaaa...rasa sedih ada, kelakar pun ada. Tangkap gambar tak seberapa, lencun lebih! Apa-apa pun saya tetap gembira dan bersyukur and terharu dengan Ila, Aji, Jannah sebab sudi luangkan masa untuk sambut kejayaan saya, belikan saya bunga yang sure mahal , belanja makan Pizza walaupun gaji tak masuk lagi dan terpaksa basah-basah!
| Hadiah dari kawan-kawan. Bunga (Aji, Ila, Jannah), Patung ayam (Mei Perng), Teddy Bear (Shuhaila), Photo Frame (Kak Nurul) |
| Kad pada bunga (saja nak show off, :-)) |
Malam tu saya mandi balik semula, basuh jubah dan arrghhhh letih yang teramat sangat. I keep on waking up in the middle of the night. I don't know, banyak sangat fikir kot. Saya katakan hari tersebut adalah yang sangat bermakna buat saya atas sebab yang biarlah saya, orang-orang tertentu dan Allah yang tahu. Thanks Allah for making it happened. May all the sadness and sufferings turn into sincere smiles and laughter, amending once a broken heart. Thanks to all who congratulated me. I'm so happy. Sangat-sangat happy! Cheomal chowa hae! Haengbok!
No comments:
Post a Comment