Morning! Sekarang ni saya ada kat ruang tamu kat bawah sambil blogging dan sambil layan movie favorite saya masa kecik-kecik dulu (maybe jugak sampai sekarang), 3 Ninjas Kick Back. Happy je mengenang semula watak-watak diorang, kekelakaran cerita ni and teringat masa kecik-kecik dulu saya dan jiran siap lakonkan semula watak-watak ni dalam dunia realiti kami. Indahnya zaman kecik-kecik ye..
3 Ninjas mengisahkan tentang tiga beradik yang belajar ilmu seni mempertahankan diri dari Jepun, iaitu Ninja daripada atuk diorang yang merupakan orang Jepun. Kalau waktu cuti sekolah (summer holiday, kat Amerika) tiga beradik ni akan bercuti kat rumah atuk diorang dan practice apa-apa yang patut. Rumah atuk diorang cute je, cabin yang terletak dalam kawasan hutan yang sangat relaks je suasana. Samuel, Jefry dan Michael adalah nama tiga beradik ni. Nama ninja masing-masing pulak Rocky, Colt dan Tum-Tum yang diberi oleh atuk diorang ikut kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Ada beberapa siri movie ni iaitu 3 Ninjas, 3 Ninjas Kick Back, 3 Ninjas Knuckle Up dan 3 Ninjas High Noon At Mega Mountain.
Saya paling suka 3 Ninjas yang first tu sebab movie tu dilakonkan di sekitar rumah diorang. Kelakar sangat! Macam mana bebudak ni mengenakan penculik yang diarahkan untuk menculik diorang atas arahan seseorang yang berdendam dengan atuk dan ayah diorang. Penjahat tu merupakan kawan lama atuk diorang yang akhirnya terlibat dengan jenayah dan kebetulan sedang diperhatikan gerak-gerinya oleh kumpulan FBI yang diketuai oleh ayah bebudak ni.
Gambar kat sebelah ni scene masa diorang tengah ada latihan ninja kat rumah atuk diorang. Baru lepas kena marah dengan atuk sebab suka-suka hati tolong atuk diorang masa atuk kena serang dengan kumpulan penjahat. Lepas atuk membebel tu, Colt kata " A Ninja shouldn't be over-confident grandpa". Then atuk tunduk tersenyum mengiakan kata-kata cucunya tu. Then the four of them berpelukan. Huu..sweet je kan..
Scene ni pulak masa diorang tengah berlawan dengan penjahat-penjahat dalam kapal tempat beroperasinya kerja-kerja jahat diorang. What ever it is kerja jahat yang diorang buat, I don't even bother (w'pun dah bertahun saya melayan citer ni). Dalam saat kecemasan tetiba atuk muncul bagi tips-tips camaner nak menang. Hehehe..masa dulu kalau tengok punya lah kagum. Sekarang...just happy-happy je..
Movie yang kedua, 3 Ninjas Kick Back agak menarik sebab diorang ada Baseball Tournament dan ayah diorang sendiri jadi coach. Pada permulaan cerita kelam-kabut permainan diorang sebab masing-masing tak fokus dalam game. Rocky yang angau dengan girlfriend, Colt yang temper semacam dan Tum-Tum asyik fikir pasal makanan. So, permainan ditangguhkan selama seminggu to give them a chance to decide to grow up! (bak kata pengadil kat diorang). Sebenarnya, after the game atuk dah plan nak bawa diorang gi Jepun untuk jumpa Ninja Master yang lebih baik. Tapi dengan perangai diorang macam ni, akhirnya atuk terpaksa pergi sorang-sorang. Nak dijadikan cerita seseorang yang pernah jadi lawan atuk masa Ninja Tournament di Jepun dulu berdendam dengan atuk untuk rampas semula "Dagger" yang dimenangi ketika itu. Menurut legenda, kononnya "Dagger" tu merupakan salah satu kunci untuk masuk "Cave of Gold" (something like that lah). Tetiba pulak, kat Jepun atuk diserang dan begnya dicuri dan atuk pulak masuk hospital. Rupa-rupanya beg atuk tertukar dengan beg Tum-Tum yang penuh dengan makanan. So, "Dagger" tu ada di Amerika. Jadi, tiga beradik ni fly lah ke Jepun bersama "Dagger" tu. Adventure lah movie yang second ni..
![]() |
| Rocky, Colt and Tum-Tum di Ninja Tournament |
![]() |
| 3 Ninjas with Grandpa and his old friend |
Movie yang ketiga, 3 Ninjas Knuckle Up menceritakan macam mana 3 Ninjas menolong seorang sahabat dari puak Red Indian yang ditindas oleh seorang yang tamak dan merebut tanah puak Indian sehingga ramai puak Indian yang terkorban. Action mereka kali ni lebih hebat dan mencabar. Movie kali ni membawa semula pelakon asal Rocky dan Tum-Tum yang diganti oleh orang lain masa movie kedua.
Gambar ni scene Rocky, Colt dan Tum-Tum bersama gadis Red Indian, Joe. She's kind of cute, isn't she? I can see why Colt is having a crush on her. Sweet je..I think this time they were sort of discuss how to help Joe saving her father from the bad guys. Her father has been long time kidnapped by the bad guys as he is being suspected of having a disc which contains an information and prove of the "bad" thingy.
Handsome kan diorang pakai baju Indians. Scene ni masa 3 Ninjas dijemput oleh puak Indian ke I don't know how to call it, something like "Kenduri" maybe, or "Kenduri Kesyukuran" like what our people call it sebab berjaya menyelamatkan ayah Joe yang diculik. Apa yang best masa scene ni masa these guys along with the Indians menari sesama dan tarian diorang sangat synchronized.
There's something I learned from this movie. At the beginning of the story, grandpa was angry with the guys attitude (again) sebab gunakan Ninja ke arah yang tak sepatutnya. " You were helping others so that you can become hero, that's not helping them, that's helping yourself! It's a lie!. Listen to the sound of flowers. It can teach you how to walk the crack path." grandpa said. "Listen to the sound of flowers blooming, it can teach you how to become a true Ninja." he continued. The picture on the right is the scene when Rocky gets the answer. I'm gonna have to wait till the end of the movie sebab dah lupa.
Movie yang terakhir, 3 Ninjas High Noon at Mega Mountain. Hmm, to be honest I'm not so into this movie sebab semua pelakon dah lain. I'm not attracted with the story even the action. Still, I watched it till the end.
Oh well, that's a one long story about my favorite movie. Mana tahu, kalau dah ada anak nanti, saya pas kan pada anak-anak untuk tengok cerita ni pulak. Hehe..











3 ninjas?waaaaa...dh lmeeee sgtttt xtgok..smpai dh lupe gile cmne cite dy..huhu..
ReplyDeleteHehe..insyaAllah, nanti saya bagi Ila pinjam CD dia, :-)
ReplyDelete