Jam menunjukkan pukul 6:47pm. Ada dalam lebih kurang setengah jam nak berbuka puasa. Alhamdulillah, hari ni saya meneruskan puasa sunat Syawal yang kelima sementara masih ada lagi beberapa hari lagi Syawal yang berbaki. Dalam post saya sebelum ni saya ada mention yang saya ada tulis mind-map yang baru untuk bulan ni. Tentang apa yang saya nak buat dalam bulan September ni. Selain menghabiskan puasa sunat Syawal, saya ada merancang untuk cat bilik tidur saya. My comfort zone. Di bilik saya lah saya rasa paling bahagia sampai saya request pada supervisor saya untuk menjalankan kerja-kerja analisis saya di rumah supaya saya boleh buat kerja dengan "bahagia"nya di bilik saya. Bilikku, makmalku jua. Kalau nak buat kerja dengan tak mandi pun takder siapa nak marah. Dalam bilik ni jugalah saya ber"dating" dengan Allah. Melayan perasaan, berangan, syok sendiri, kalau nak mengamuk pun prefer dalam bilik lah.
Idea mengecat bilik ni abah yang cadangkan. Masa hari raya, before pergi bercuti di Bukit Fraser abah tengok bilik saya serabut dengan habuk atas siling. Walaupun saya kaki kemas rumah, memang tak larat nak menyedut habut kat tempat tinggi-tinggi. In fact, after saya sedut habuk kat siling that day, petang tu terus flat (atau mungkin sebab masa tu saya tengah puasa). Pastu saya bagi tau niat saya pada abang. So far, saya rasa memang bilik saya lah yang tak bercat. Kali terakhir abah yang cat kan, masa saya di tingkatan dua. Masa tu saya di MRSM Kuala Klawang. Tau-tau je dah siap dah. And saya stick dengan warna yang sama sampai bertahun-tahun.
Alhamdulillah, kebetulan masa beli cat ada promosi dan warna yang saya suka pun ada dalam senarai promosi. Lepas beli cat, setelkan tengok episod 15 "49 Days", lepas solat Zuhur, bermulalah aktiviti mengecat bilik. Fuuhh..boleh tahan penatnya. Tambah lagi saya buat sendiri. Adalah abang tolong alih barang dan kikis cat lama. MasyaAllah, selama saya duduk bilik ni, rupanya memang dah teruk rupanya. Rajin kemas rumah je lebih, rupanya bilik sendiri pun haru. Kerja-kerja mengecat diteruskan sampai Ahad petang. Serius penat giler! Sampai rasa nak makan guna sudu pun tak larat. Macam abang saya cakap, bila dah siap, rasa suatu kepuasan dalam diri sebab berjaya cat bilik sendiri. So far, susunan still sama. Warna tema pun kekal sama cuma mestilah nampak lebih anggun dengan cat yang lebih berkualiti.
Pagi tadi masih terasa penat selepas dua hari berhempas-pulas mengecat, mengelap, memvakum, mengalih-alih barang dan sebagainya. Sampai dah selsema-selsema dah. Kalau kerja kuat gitulah jadinya. And saya dapat tau sejak 17hb September dah boleh ambik jubah. Kebetulan mak ajak keluar untuk hantar borang mintak kerja di INSPEN. So, saya ajak mak teman ambik jubah di Pusat Pengajian Siswazah, UKM. Ya Allah, terasa nak menangis pun ada. Tiba juga masanya untuk saya merasa pakai jubah Sarjana. Terima kasih Allah sebab memakbulkan doa saya. Masa ambik jubah, encik tu tanya, "Sarjana ke sarjanamuda?". Saya jawab "Sarjana". Encik tu kata "Ingatkan sarjanamuda, kecik je". Saya cuma tersenyum. Soalan yang biasa saya terima. Kata orang, muka saya muka budak-budak. Badan pun kecik. Hehe..even if I take that as a compliment, risau jugak, takut orang pandang rendah.
| Jubah sarjana yang digantung dalam bilik yang baru dicat, :-) |
| Jubah dan topi |
Tadi dah nampak khemah-khemah didirikan di persekitaran Dewan Gemilang untuk Pesta Konvo. Saya dapat tau juga yang idola nasyid saya, Adi Akmal akan jadi moderator untuk satu program pada 24hb September nanti. I'm so happy! At least mengubat rindu saya pada group nasyid kesayangan saya, Devotees. Tambah lagi masa saya terima Ijazah Sarjanamuda, Devotees perform di Pesta Konvo. Sayang juga kalau kali ni, saya tak tengok diorang perform. Saya harap konvokesyen kali ni menjadi konvokesyen yang bermakna dalam hidup saya. I miss my moment at the university. Memang banyak dugaan dan cabaran sepanjang saya menuntut ilmu di menara gading. Masih ada lagi niat dalam hati saya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ya Allah, engkau lebih mengetahui diri ini. Tunjukkan lah jalan kepadaku. Bantulah aku untuk terus memperbaiki diri ini. Amin..
No comments:
Post a Comment