Alhamdulillah, dah publish beberapa post. Walaupun setakat short stories, I started to enjoy my new hobby. At least apa yang saya tulis lahir daripada hati. Sebenarnya inspirasi saya untuk menulis blog ni datang daripada idola nasyid saya Halim dan Muhammad. Saya enjoy baca post diorang and rasa nak buat benda yang sama. Saya start blogging pada tahun 2009. Cuma saya rasa tulisan saya pada masa tu bukan apa yang lahir dari hati. In the end, saya decide untuk quit. Masa tu ada jugak pembaca setia, kawan baik saya Linda.
Then, masa bulan puasa hari tu kawan saya, Latifah bagi cadangan untuk tulis blog. Should be interesting she says. Antara cadangan Latifah lagi adalah untuk tulis my goals in life. Saya terfikir tentang tu sekarang, cuma goal saya untuk hari ni adalah goal yang kecik-kecik. Antaranya,
- Belajar memasak
- Istiqamah buat solat sunat
- Istiqamah baca Al-Ma'thurat
- Keep on job hunting
- Baca Al-Quran (Alhamdulillah, dapat khatam Al-Quran Ramadhan hari tu)
- Puasa sunat bulan Syawal
- Habiskan baca buku Imam Syafie (alhamdulillah, baru je habiskan)
- Istiqamah solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh di awal waktu
- Istiqamah zikir-zikir Asma Ul-Husna
- Selalu doakan untuk arwah atuk abah, arwah atuk mak, arwah cik tan, arwah cik mala.
- Istiqamah tutup aurat dengan sempurna
Hmm..buat masa ni apa yang disenaraikan ialah apa yang saya fikir buat masa ni. Hopefully, dengan izinNya saya dapat lakukan and persevere dengan goal-goal saya ni. Amin...
No comments:
Post a Comment