Wednesday, 5 October 2011

Doa Berlindung daripada Sifat Mazmumah

Dalam menjalani hidup ni, it would be nice and wonderful if kite seiringkan hidup kite dengan doa-doa sebagai kekuatan agar dapat menghadapi apa jua cabaran sama ada cabaran luaran atau dalaman. Masa tadika ABIM dulu memang banyak doa-doa basic kehidupan seperti doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa sebelum tidur, doa bangun tidur dan sebagainya. Bila dah semakin dewasa, alhamdulillah, banyak juga doa-doa yang saya temui untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. I feel a lot secure and stronger by practicing them in my daily life. Feeling that Allah is always close to me.

Gambar bulan sabit yang cantik diambil depan rumah

Antara doa best yang saya ingin kongsikan disini adalah doa berlindung daripada sifat mazmumah. Sifat mazmumah sangat berkait dengan penyakit hati. Kalau hati kotor, tindakan, sikap dan peribadi yang ditonjolkan pun kotor. Kalau boleh memang nak dielakkan lah sifat yang keji dalam diri kite. Semoga dengan mengamalkan doa ni, hati kite sentiasa bersih, kehidupan pun lebih berkat dengan sifat dan peribadi yang mulia. Amin..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketakwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tiada berguna, daripada hati yang tiada khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya."  
(Riwayat Muslim no 7081)

Diambil daripada Majalah Solusi (Petikan buku Doa yang Didengari Allah oleh Hj. Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)

p/s: Gambar bulan sabit tu cantik and rasa macam sesuai dengan post kali ni, :-)

No comments:

Post a Comment